Kehidupan peribadi Sofia_Jane

Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.[2] Pada 28 Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya kepada media.[3]

Watak beliau pernah dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dalam filem 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Selain itu nama beliau pernah diabadikan secara ilham dalam lagu ciptaan Shamril Salleh iaitu "Sofea Jane" nyanyian Black Hanifah pada 2012. Lagu tersebut juga mara ke Anugerah Juara Lagu ke-28.